berkobar-kobar rasanya nak menaip hari ini. cuma ingin menaip dan menaip dengan satu harapan ;) terasa yang usia makin meningkat. mungkin benar bukan ? ye saya. umurku akan mencecah 15 tahun beberapa hari lagi. terasa takut sangat nak meningkat ke 15 tahun. ahhh, rasa tak mahu jee amik exam PMR nanti. semakin dekat dan dekat. adakah aku akan mendapat 9A's ? *siapa kata 'tak' tu, insyaAllah KAU la tuu. hehe. wah aku ada satu harapan dan sungguh banyak keinginan yang tidak terkira dek aku. harapanku cuma satu iaitu ingin "berjaya dalam hidup". salah satu keinginanku pula nak mak ayah and semua happy selalu ;) actually banyak keinginanku. cuma ungkapkan satu jee dulu. teringin nak jadi macam yang lain, berjaya dapat 9A dan 8A :) tahniah semua yang berjaya. terima kasih kerana beri aku semangat untuk belajar betul-betul supaya tak menyesal nanti kan. banyakbanyak terima kasih la ;) insyaAllah aku akan berusaha. moga-moga tercapai impian aku untuk mendapat 9A :) aku yakin aku boleh buat punya. PASTI. cuma sekarang aku dah berubah. harap kawankawan memahami ;0 maaf sebab sekarang aku merendah diri. takde maknanya nak menunjuk. ikhlas dari hati :) erm, aku dah belajar 5 perkara :~
- solat pada waktunya dan sentiasa berdoa dan meminta pada ALLAH ;)
- belajar bersungguhsungguh dan menumpu perhatian semasa belajar and NO angauangau tau ;)
- jangan sesekali bangga diri dan jangan berpuas hati sangat dengan apa yang kita dapat :)
- sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna :)
- ingatlah, sikap bertangguh merupakan pembunuh utama kejayaan :)
itulah yang aku pelajari. erm, sangat bermakna untuk aku. aku pasti berubah dengan sebaik mungkin ;) dan akan mula hidup happy tahun depan. harap SEMUA yang terasa aku ada buat salah kat dia ampunkan la ;) mohon sangatsangat. yang tak mahu, biarkan sahaja. Aku tak paksa. itu semua hak kau. aku sentiasa doakan untuk semua. pasti. yang ada buat salah kat aku tu, aku ampunkan :) lepaskan semuanya. tapayah pendamkannya lama-lama bukan ? erm penat berceloteh kat sini. dan terakhir : AKU INGIN MENDAPAT 9A PMR ini ;) semoga termakbul =) AMIN :)